Notis Privasi
Dikemas kini: 31 Oktober 2026
Tentang ATUR
ATUR ialah sistem dalaman Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Selangor untuk takwim dan penyelarasan program. ATUR digunakan oleh warga PPDKS yang berdaftar dengan akaun moe.gov.my sahaja.
Data yang disimpan
- Nama, e-mel moe.gov.my, sektor dan unit, serta peranan dalam ATUR.
- Masa log masuk terakhir.
- Maklumat program yang dimasukkan oleh pengguna.
- Sejarah perubahan program (siapa mengubah dan bila).
- Token pautan calendar peribadi, yang disimpan dalam bentuk cincang (bukan token asal).
- Log tindakan pentadbir (lantikan dan penurunan Admin Sektor, pemindahan Super Admin, perubahan tetapan sistem), yang disimpan tanpa had masa untuk tujuan akauntabiliti.
Tujuan
Data digunakan untuk log masuk, paparan takwim, penyelarasan program, notifikasi dalam ATUR, dan suapan calendar peribadi.
Log masuk
Log masuk dibuat melalui Google. ATUR tidak menerima atau menyimpan kata laluan anda.
Lokasi simpanan dan backup
Data disimpan dalam Google Cloud (Firebase) di rantau Singapura (asia-southeast1), dengan backup mingguan dalam projek yang sama.
Perkongsian
Data tidak dikongsi dengan pihak luar dan tidak digunakan untuk tujuan lain.
Tempoh simpanan
- Program yang dipadam dibuang kekal selepas 30 hari.
- Notifikasi dibuang selepas 90 hari.
Hubungi
Untuk pertanyaan tentang data anda dalam ATUR, hubungi Super Admin ATUR, PPD Kuala Selangor.